Monday 23 May 2011

~Baik-baik sayang~

Aku ingat lagi masa umur dia 2 tahun lebih dia dah buat jantung aku bedegup kencang bila dia hilang dari umah adik ipar aku.Bayangkanlah anak aku Muhammad Adam Irfan yg berumur 2 tahun lebih hilang dari tingkat 8 apartment.Masa tu hanya Tuhan saja yang tahu apa yang aku dan En.Wady rasa.Aku ingat lagi masa tu kami satu family baru sampai dari Alor Setar.Singgah kejap untuk rehatkan diri di rumah adik ipar aku di Apartment Sri Cendana, Cheras sebelum berangkat ke Kajang.Kami kesana untuk menghadiri kenduri kahwin anak Pak Ngah En.Wady.Tengah elok dok relax kat ruang tamu,tiba2 anak sedara aku G-ha menjerit2 cakap yang anak aku Adam naik lif.Keadaan jadi kelam kabut,semua yang ada kat situ kluar cari anak aku.Aku,En.Wady,bapa mentua aku,adik ipar aku semuanya kelam kabut masa tu.Dlm kepala otak aku ni tak yah cakap la macam2 yang aku fikirkan.Hanya Tuhan saja yang tahu.Akhirnya kami jumpa Adam kat taman mainan kat bawah apartment.Alhamdulillah syukur yg amat sangat.Dua malam lepas sekali lagi Adam buat jantung aku berdegup kencang dan seluruh badan aku lemah bila aku tengok anak aku hampir jatuh di tangga escalator.malam tu aku ngan En.Wady saja bawak anak2 ke Giant.Niat hati nak beli pampers Aleesya Dania tapi tak jadi.Last2 kami hanya beli telur ayam ja 10 biji.Demand sungguh aihhh nk beli telur ayam pun sampai nak kena ke Giant.Mungkin nak jadi cerita sama rasanya.Adam macam biasala dengan lasaknya hanya tuhan sajalah yang tahu.Lepas aku bayar kat kaunter bayaran tu.Aku baru la keluar ikut En.Wady yang tengah dukung si Aleesya Dania.Adam memang dah hilang dari pandangan aku.aku ingat anak bertuah aku tu dah ada kat tempat mainan kat marybrown tu sbb bila kami ke Giant tempat yang selalu dia tuju ke situlah.Sangkaan aku sama sekali meleset bila Alya menjerit bagitaw yang Adam naik tangga escalator.Hanya tuhan saja yang tahu apa yang aku rasa.Bertuah sungguh anak aku.Dia bukan naik ikut tangga tapi dekat sebelah tepi tangga tu.Bayangkanlah kalau pegangan tangannya tak kuat dia mungkin akan jatuh.Dan tak tahulah apa akan jadi kalau dia jatuh.Mungkin aku akan menyesal seumur hidup.Mujurla pak cik guard tu cepat.En.Wady tak sempat nak naik kat tingkat atas sebab Aleesya Dania ada bersamanya tadi.Syukur Alhamdulillah anak aku Adam selamat.Lepas ni mungkin aku dan En.Wady akan lebih beringat2 bila bawak Adam keluar dari rumah.Harap2 anak aku yang lasak ni akan jadi kanak2 yang pintar dalam pelajaran.....Aku juga harap tahap kelasakkannya dapat aku tangani dengan sebaik mungkin kerana anak adalah anugerah yang tidak terhingga,macam mana lasaknya dia kita sebagai ibu bapa patut terima seadanya....Adam sayang...mama harap lepas ni abang jangan buat mama dengan abah macam ni lagi yer sayang...mama sayang abang...abang satu2nya hero yang mama ada...

mama sayang abang....jgn nakal2 ok!!!

Muhammad Adam Irfan...



Khas buat anak2 mama yang mama sayang sangat2..Nur Alya Irdina,Muhammad Adam Irfan dan Nur Aleesya Dania......baik-baik sayang~~~

Pssstt:Kepada kengkawan yang mempunya anak2 yang lasak harap berhati2 dan beringat2 dengan setiap pergerakan mereka.Jangan sampai kita menyesal seumur hidup!!!

No comments: